Bling bling bling

Tuesday, February 19, 2013

Sanggup ke??

Time cuti tahun baru cina hari tu, banyak orang melangsungkan majlis perkahwinan..jealous? hahahahaah xlah tapi seronok dapat makan nasi minyak!!!! jap, tipu..jeles siket..hahahah. The main story is that, 2-3 hari ini, hati saya tergerak untuk bertanya kepada sesiapa sahaja samada sudah berkahwin atau belum, bercahaya mata atau belum. Andainya anda tergolong dalam golongan yang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata setelah berusaha selama lebih dari 2 tahun, dan hanya In Vitro Fertilization atau rawatan bayi tabung uji sahaja yang boleh membantu, adakah anda akan go for it walaupun harganya lebih dari RM 10, 000. Saya nak sangat tahu adakah harga itu mempengaruhi niat anda walaupun itu saja caranya??

In Vitro fertilization (ivf), Intra cytoplasmic sperm injection (icsi)  atau bayi tabung uji bukanlah sebenarnya baby tu tumbuh dari test tube tapi ianya procedure dimana akak telur dari kilang telur wanita dikeluarkan dan dibenarkan bersenyawa bersama abang sperma di dalam suatu medium dan akhirnya develop menjadi embryo yang kemudiannya dimasukkan semula ke dalam rahim wanita itu. Ada beberapa sebab yang menyebabkan sesebuah pasangan itu perlukan IVF atau ICSI. Mungkin ada yang kurang faham sebab Ivf ini melibatkan ubat-ubatan yang perlu disuntik, scanning, hasil kerja teknologi makmal yang  bertaraf tinggi, tidak mungkin harga 20-30 inggit. Jadi, pelbagai faktor boleh mempengaruhi, adakah sebab takut dengan suntikan? tak yakin? atau tak mampu?

Kita pernah dengar orang buat loan untuk kahwin, mungkinkah ada orang akan buat loan untuk mendapatkan anak? Adakah kewangan menghentikan kemahuan? I really want to know ape pandangan anda. saya sangat menghargai segala jawapan :)