Bling bling bling

Friday, January 25, 2013

Hey Ladies

Wahai ladies di dunia, apa yang penting? bukan kerjasama tapi ' CATAT TARIKH MENSES ANDA' atau 'chart your first day of menses' . Dulu, saya jarang take note bila menses saya mula, bila habis, berapa hari, berapa hari kitarannya tapi sekarang itulah yang saya buat. Bila kita ingin membina keluarga, mengetahui kitaran haid sangat penting untuk tahu bila waktu subur atau fertile period agar kita boleh berusaha pada waktu yang tepat. Bukan dah besar gedabak baru nak start chart. Sepatutnya, dari first time menses dah start chart. Nanti bulan puasa senang nak ingat berapa hari tinggal.hahahah. Zaman sekarang ni, dengan teknologi yang hebat, banyak apps period calendar yang boleh bantu kita semak waktu subur serta pusingan haid.

Antara perkara yang kita perlu catat ialah Last Menstrual Period, LMP ( tarikh pertama haid) , period cycle (pusingan haid) dan berapa hari biasanya haid berlaku (days of bleeding). boleh? Tujuan kita catat adalah untuk ketahui bila kita ovulasi dan sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku pada kitaran haid .Sepatutnya setiap bulan, average antara 24 hingga 30 hari, bleeding akan berlaku.Gangguan pada kitaran haid seperti ada PCOS, anovulatory cycle boleh menyebabkan infertility. 

Contohnya macam  ni, tarikh mula period saya pada bulan Disember 2012 ialah 13/12/12 dan habis pada 17/12/12. Pada bulan Januari 2013, tarikh mula period saya ialah 8/1/13. Jadi cycle saya 27 hari. Jadi, saya boleh expect next period saya pada 3/2/2013. Ok? Ada banyak cara untuk tahu bile kita subur. Antaranya ialah dengan menggunakan ovulation kit, check basal body temperature, check cervical mucus. Will discuss in detail satu-satu in next post.So, please do chart your important dates :)

contoh period tracker punye apps*



No comments:

Post a Comment